Search title

Tuesday, June 15, 2010

Tambah 1,000 ejen lagi

TAKAFUL Malaysia menyasarkan menambah 1,000 lagi ejen jualannya di seluruh negara menjelang akhir tahun ini dalam usahanya memperluaskan jualan produk dan mendekatkan lagi syarikat dengan masyarakat.


Ketua Pegawai Wilayah Bahagian Pengedaran Peruncitan Takaful Malaysia, Wan Azman Wan Mamat, berkata sejajar dengan kedudukan syarikat itu yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur, pihaknya mahu memastikan masyarakat lebih memahami dan mengetahui mengenai pelbagai skim dan produk yang ditawarkan syarikat itu sekali gus mendapat tempat di hati pelanggan.

Katanya, ketika ini Takaful Malaysia memiliki 500 ejen jualan di seluruh negara dan itu belum mencukupi berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap skim Takaful Malaysia, lebih-lebih lagi dengan pengenalan tiga produk baru iaitu Takaful My Invest, Takaful My Gemilang dan Takaful My Graduan sejak tiga bulan lalu.

“Kita berharap akan mempunyai 1,000 ejen jualan (Takaful Malaysia) menjelang akhir tahun ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,500 ejen di seluruh negara.
Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Pampasan kepada Mariam Mamat ibu kepada Mahmud Zaudi Abd Wahab, 31.

Sumber asal: Harian Metro 12/06/2010

No comments:

Post a Comment